100 Orang Semporna Pertama






100 ORANG SEMPORNA PERTAMA - Sebuah Galuran Pengetahuan Am Dan Upaya Mencari Jejak
Yang Hilang
Bismillahirranmahirrahiim
Amma ba'du
"Kumpulan Orang Semporna Pertama ditangkap, ditahan dan dicari sampai dapat oleh penjajah British kerana melawan 'Prentah' (penjajah) ialah Panglima Abdul Haman, Panglima Attang, Imam Nakura' Sangkalang, Lighaddung Mawali, Marahadjah Lambaieh, Imam Munsilman, Nakib Jani, Ladjalaut Buayah, Marahadjah Anggalun, Marahadjah Allani, Panglima Sattia Tando'an, Panglima Lauhari dan Panglima Malavi. Semuanya tidak mahu mengakui pertuanan British di Pantai Timur Borneo Utara." (Sumber Arkib Sejarah dan cerita lisan penduduk tempatan)
Kecil saja Semporna ini. Ia antara kawasan paling jauh dari pusat pemerintahan kerajaan Persekutuan iaitu Putrajaya dan sudah tentu sangat sukar diperintah dari pusat pentadbiran North Borneo Chartered Company di Kudat, Jesselton dan Sandakan pada zaman penjajahan British. Terletak di pantai timur tenggara Pulau Borneo, kawasan ini sudah makmur sejak ribuan tahun yang lampau. Sejarahnya dapat ditelusuri sejak 10,000 tahun lalu dengan penemuan tapak arkeologi manusia prasejarah di Bukit Tengkorak, Malanta Tutup dan Bukit Kemiri. Bukit Tengkorak malah menjadi pusat pembuatan tembikar dan LAPOHAN TANA' terbesar di Asia Tenggara dan penyebarannya sampai ke Kepulauan Solomon, Laut Andaman dan Micronesia.
Semporna dibuka pada 10 Mei 1887 sebagai stesen perdagangan British yang ketiga di pantai timur Borneo Utara selepas Sandakan (1879) dan Silam (1886). Dari Tong Talun yang telah diKristiankan namanya kepada Semporna inilah ramai tokoh berkaliber, tokoh besar, tokoh segala tokoh dalam segala bidang dan dalam segala aspek. North Borneo Herald melaporkan pada 1 Jun 1887:
“On May 10, 1887, the Governor again visited Omaddal. There he learned that “all the chiefs smarting under the late attack of the H.M.S. Zephyr had gone to Sulu to offer their allegiance to the young Sultan.” With the more recalcitrant chiefs in Sulu, the Governor felt it was an ideal time to establish the location for trading station. His launch then steamed to Trusan Treacher, the narrow channel separating the mainland from Bum-Bum island. The Governor party went ashore on one of the islands in the channel from the new trading station a flat, fertile stretch of mainland raised considerably above the high water mark at the extreme point of a long promontory at the northern end of the Trusan. The Bajau commonly referred to this place as ‘Tong Talun’, meaning ‘the end of the jungle.’ Governor Treacher renamed the place ‘Semporna’, which is Malay for a ‘place of rest.’
Itulah detik pertama bermulanya Semporna menurut versi penjajah British. Tujuan pembukaan Semporna adalah untuk memakmurkan perdagangan Inggeris dan menguasai jalur perdagangan di rantau Sulu Sea dan Celebes Sea yang sebelumnya dikuasai oleh Sama Kuvang melalui peranan Umaral sebagai pelaburan Entreport antara Jolo, Maimbung dan Berau, Dutch Indies yang sekaligus bersaing dengan Sepanyol, Belanda dan Amerika Syarikat.
Musuh dan saingan British waktu itu ialah Sama Kuvang yang merupakan penduduk asal rantau timur Borneo Utara dan pemakmur perdagangan sarang burung, produk maritim, hasil hutan dan hamba abdi. Sama Kuvang bermastautin dan membina akar budaya, sejarah, lingkungan pengaruh, jalur perdagangan, kesenian, tradisi dan adat resam di Omadal, Manampilik, Rannawan, Silawa, Larapan, Pantau-Pantau, Gusung Malanta’, Pakalangan dan Kuvang. Mereka merupakan musuh utama bukan sahaja British malah semua penjajah Eropah. Penjajah melakukan banyak tindakan bagi menghapuskan HEGEMONI Sama Kuvang dalam bidang ekonomi, politik, sosial, adat tradisi, kebudayaan, seni dan pemikiran. Hasilnya, sehingga tahun 1963, Inggeris telah berjaya mengukuhkan pengaruh dan kekuasaannya sebelum David Fielding DO terakhir Semporna meninggalkan tanah digelar 'Home of Most Persistent Rebel' itu.
Semporna kemudian menjadi kawah perlakuran bangsa-bangsa Nusantara kerana kemakmuran ekonominya. Dari Semporna inilah sebagai pengetahuan awam muncul ramai tokoh besar dan dapat dikelompokkan sebagai:


ORANG SEMPORNA PERTAMA:



1. Orang Semporna Pertama menjadi ‘Native Magistrate’ zaman kolonial - Marahadjah Allani tapi beliau menolak jawatan itu selepas 6 bulan berkhidmat kerana menganggapnya sebagai ‘Tali Barut’ British.
2. Orang Semporna Pertama bergelar dan memegang jawatan ‘Panglima’ dan 'Native Magistrate' diberikan oleh pihak British - Panglima Udang
3. Orang Semporna Pertama menjadi Chief Clerk zaman Kolonial - OKK Sakaran Dandai
4. Orang Semporna Pertama menerima Gelaran ‘Datuk’ Pertama sesudah merdeka - Datuk Panglima Abdullah
5. Orang Semporna Pertama menjadi ADUN - OKK Sakaran Dandai
6. Orang Semporna Pertama menjadi Ahli Parlimen (Member of Parliament) - Hj. Mohd. Dara Bin Langpad
7. Orang Semporna Pertama menjadi Tun Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah - Tun Datuk Seri Panglima Dr. Hj. Sakaran Dandai
8. Orang Semporna Pertama menjadi Ketua Menteri Sabah - Datuk Seri Panglima Sakaran Dandai
9. Orang Semporna Pertama memegang jawatan Menteri Penuh di Kabinet Persekutuan - Datuk Seri Panglima Hj. Sakaran Dandai (Menteri Tanah dan Koperasi)
10. Orang Semporna Pertama menjadi Pegawai Daerah Semporna - Muhammad Bin Abdillah
11. Orang Semporna Pertama menjadi Pengarah Penerangan Negeri Johor - Datuk Almain Ajirul
12. Orang Semporna Pertama menjadi Doktor Perubatan - Dr. Norlela Utoh Nain
13. Orang Semporna Pertama menjadi Pesuruhjaya Polis Sabah - Datuk Omar Mammah
14. Orang Semporna Pertama menjadi Timbalan Menteri Persekutuan - Abdillah Hj. Abdul Hamid
15. Orang Semporna Pertama (Wanita ) menjadi Inspektor Polis - Badariah Hj Abdul Rahman
16. Orang Semporna Pertama (Wanita) menjadi anggota polis - Sitti Rundun Binti Lampet
17. Orang Semporna Pertama menyeberang Selat Inggeris dengan berenang - Estino Taniyu
18. Orang Semporna Pertama mengangkat dan mempelopori Seni Muzik Dan Lagu Bajau ke peringkat Kebangsaan dan antarabangsa - Osman Hj Ureh
19. Orang Semporna Pertama menjadi Setiausaha Agung Parti USNO - Askalani Abdul Rahim
20. Orang Semporna Pertama menjadi mahasiswa di Universiti Malaya - Askalani Abdul Rahim
21. Orang Semporna Pertama menjadi OCPD Kota Kinabalu - Habibi Majinji
22. Orang Semporna Pertama menjadi OCPD Penampang - Haris Hj. Ibrahim
23. Orang Semporna Pertama menjadi Pensyarah Maktab Perguruan - Yusuf Hunus
24. Orang Semporna Pertama menjadi Menteri KKLW - Mohd Shafie Apdal
25. Orang Semporna Pertama menjadi Menteri Kebudayaan Kesenian dan Warisan - Mohd. Shafie Apdal
26. Orang Semporna Pertama menjadi Naib Presiden UMNO - Mohd Shafie Apdal
27. Orang Semporna Pertama menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri (Persekutuan) - Mohd. Aziz Jamman
28. Orang Semporna Pertama menjadi ACP Polis - Pallah Utoh
29. Orang Semporna Pertama menjadi Penolong Pengarah Pendidikan Negeri Sabah (Kota Kinabalu) - Badarun Mohd. Jahiri
30. Orang Semporna Pertama menjadi Pegawai Perancangan Bahasa DBP Kota Kinabalu - Hadiah Mutalib
31. Orang Semporna Pertama menjadi Dekan Fakulti UMS - Dr. Sulaiman Tahajuddin
32. Orang Semporna Pertama menjadi Pengarah Taman-Taman Sabah - Dr. Maklarin Lakim
33. Orang Semporna Pertama menjadi Pengarah UPPM - Abdullah Minun Sahirun
34. Orang Semporna Pertama menjadi ADUN Lahad Datu - Askalani Abdul Rahim
35. Orang Semporna Pertama menjadi Pelukis Antarabangsa - Sidin Hj. Sarid
36. Orang Semporna Pertama Pengarah LHDN Sabah - Kamarulzaman Abdul Salleh
37. Orang Semporna Pertama Pengarah Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah dan wanita Semporna pertama memegang jawatan Setiusaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPP) - Sitti Sharifa Saleha Habib Yusof.
38. Orang Semporna Pertama menjadi TAIKUN, memiliki kereta, basikal, motorsikal dan rumah besar mewah serta sering menderma membina sekolah di tahun 1900 ialah Orang Kaya Mandur Bakar
39. Orang Semporna Pertama menjadi Kapitan Cina dan kaya raya dan membina Gudang dan Dermaga ialah Toonah (asal dari Maimbung, Sulu) dan keturunannya ialah Sapiat
40. Orang Semporna Pertama menjadi Imam Daerah di tahun 1900 ialah Imam Jaiyari Bin Imam Lahuddin
41. Orang Semporna Pertama menjadi KSU Kementerian KPKT / Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Sabah / Ketua Pengarah ESSCOM, Orang Semporna Pertama menjadi Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac) dan kini KSU SKMM - YBhg Dato' Seri Mohammad Bin Mentek
42. Orang Semporna Pertama menjadi jurutera elektrik, menyandang jawatan Pengarah Jemaah Pemeriksa Letrik Malaysia, Sabah dan juga orang Sabah pertama menyandang jawatan Pengarah. Sekarang jabatan itu dikenali sebagai Suruhanjaya Tenaga - Ir. Rasalah Hj Abdul Hala.
43. Orang Semporna Pertama menjadi Hakim Mahkamah Syarie - Ahmad Lakim
44. Orang Semporna Pertama lulus dari Universiti Al Azhar Mesir - Utoh Said Hj Usbah.
45. Orang Semporna Pertama menjadi Pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) / SPRM dan memegang jawatan Pengarah Bahagian Di SPRM Ibu Pejabat, termasuk sebagai Ketua Cawangan Di Sandakan, Labuan, Tawau, Miri: Nurahim Hj Abd Rahim yang kini memegang jawatan Deputy Commissioner
46. Orang Semporna Pertama menjadi Pengarah Arkib Negeri Sabah - Said Hinayat
47. Orang Semporna Pertama menjadi Pengarah Percetakan Negeri Sabah - Hamzah Hj. Amir
48. Orang Semporna Pertama (Wanita) menjadi ADUN - Manis Muka Hj. Mohd. Dara
49. Orang Semporna Pertama menjadi Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeru dan Penyelidikan di Jabatan ketua Menteri Sabah - Tahir Hj. Jaafar
50. Orang Semporna Pertama (Wanita) melanjutkan pelajaran ke luar negeri (Amerika Syarikat) - Rabiah Abdul Salleh
51. Orang Semporna Pertama menjadi Juruterbang (Pilot) untuk penerbangan awam - Norhaneef Bin Baharuddin
52. Orang Semporna Pertama menjadi Ahli Geologi Malaysia - Mahadi Santa
53. Orang Semporna Pertama menjadi Pengarah SSM Perak - Mohd. Arif Hj. Hamzah.
54. Orang Semporna Pertama menjadi Pengarah Perkeso Sabah - Dr. Mohd. Ali Hindia.
55. Orang Semporna Pertama merupakan lulusan dari Universiti Jordan - Ust Muhaimin Mobin
56. Orang Semporna Pertama Melawan MUNDU secara Solo untuk menyelamatkan tebusan Insiden Penculikan Motor Saleha Baru 1979 - Ulangkaya Hj. Manandau Bin Ulangkaya Aral
57. Orang Semporna Pertama HAFIZ (Hafal Al Quran 30 Juz) - Rosman Hj. Alinjal
58. Orang Semporna Pertama lulus dari Universiti Oxford, United Kingdom - Asmaharun Hj. Abdul Rahman
59. Orang Semporna Pertama menjadi Pengarah INSAN (Sabah) - Sa'adillah Hj Abdillah
60. Orang Semporna Pertama Pengarah SAFMA - Ujang Sulani
61. Orang Semporna Pertama Pengarah Penerangan Negeri perak - Mohd. Taib Hj. Ubah
62. Orang Semporna Pertama bertugas sebagai Roving Offshore Installation Manager For PETRONAS Carigali Sabah Assets - Nusri Jabbi
63. Orang Semporna Pertama bertugas sebagai OFFSHORE INSTALLATION MANAGER FOR SABAH ASSETS - Bagis Aring
64. Orang Semporna Pertama bertugas sebagai Jurutera Operasi Petronas Dagangan Sdn Bhd Wilayah Sabah - Ir Umar Sabana Jakarullah
65. Orang Semporna Pertama Penolong Pengarah BPSM Sabah, org Semporna Pertama Ketua Unit Sains Jabatan Ketua Menteri Sabah dan org Semporna Pertama Setiausaha Hal Ehwal Keselamatan Negeri Sabah: Datuk Dr. Mokhtar Yassin Hj. Ajam.
66. Orang Semporna Pertama dihadapkan ke mahkamah magistrate Semporna untuk didengar keterangannya selepas dilapor ke IPD Semporna kerana tulisannya di FACEBOOK dianggap boleh MENGANCAM - Nazeka Kanasidena
Saya masih lagi menunggu jika ada data terperinci untuk:
Orang Semporna Pertama menjadi Artis di panggung wayang dan televisyen, Lulusan Universitiy Oxford, England; University Cambridge, England; University Yale, USA; Universiti Sorbonne, Italy, University dari Germany, University dari Rusia, Hakim Mahkamah Tinggi, Pengarah Perhutanan, Pengarah Pendidikan Negeri, Pengarah Imigresen, Pengarah JPJ, Pengarah Kastam, pengarah segala pengarah dan Ketua segala ketua.
Jika ada perincian perlu diperbaiki, ditambah, ditolak dan dimansuhkan, sila maklumkan dalam posting ini. Usaha membukukan 100 Orang Semporna ini memang memerlukan komitmen yang tinggi dan usaha tekal bukan sehari dua bahkan mungkin bertahun-tahun. Apa pun :
Mari angkat, hormat dan cintai ORANG SEMPORNA.
Nazeka Kanasidena
29 November 2020 / 13 Rabiul Awwal 1442H 

 

 

 

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RATU LEPA 2019 EMERAAZWA EMERALDI