Semporna: Sambutan Regatta Lepa yang disambut gilang gemilang dan dihadiri pelancong dari luar serta dalam negara membuktikan keselamatan di kawasan pantai timur terutamanya di Lahad Datu, Kunak dan Semporna semakin terkawal serta selamat dikunjungi. Menteri Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, penyertaan masyarakat luar daerah termasuk dari luar negara menunjukkan berlaku peningkatan jumlah pelancong yang tiba meraikan perayaan ini. “Perayaan Regatta Lepa kali ke-22 disambut penuh budaya dan berjaya kerana penyertaan bukan sahaja datang dari luar daerah malahan dari luar negara meningkat. “Perayaan ini besar ertinya bagi kita sebagai rakyat Malaysia ke arah penyatuan rakyat yang datang dari berbagai kaum dan budaya supaya kita saling kenal mengenali bagi mengukuhkan lagi ekonomi dari segi pelancongan,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri acara akhir sukan laut dan perarakan lepa cantik di Dataran Regatta Lepa, dekat sini, semalam. Hadir sama...