ALAT MUZIK DAN IRAMA TRADISI BANGSA BAJAU SEMPORNA PANTAI TIMUR NEGERI SABAH Oleh : Khalid M.Taib (KMT)

Pendahuluan.

Didalam satu-satu persembahan Igal, kumpulan pemuzik memainkan peranan yang amat penting, ini adalah kerana ‘Igal’ tidak mempunyai nama yang khusus, melainkan ia bergantung sepenuhnya kepada nama ‘Titik’ atau jenis ‘Titik’ rentak yang dimainkan. Contohnya ‘Titik Tarirai’ maka Igal tersebut dinamakan sebagai ‘Igal Titik Tarirai atau Igal Tarirai.‘. Kemahiran dan kolaborasi dikalangan pemain muzik Tradisi akan menghasilkan harmoni yang meresap menjadi jiwa kepada gerak-gerak Igal yang dipersembahkan. Irama, melodi dan ekspresi merupakan konsep utama melalui kombinasi para pemain ensemble gong yang dikenali sebagai ‘Tagunggu’dikalangan masyarakat Bajau.

1. TAGUNGGU.




‘Tagunggu’ adalah kumpulan Alat muzik Tradisi ensemble gong yang dimainkan secara harmoni untuk menghasilkan Irama Tradisi Bangsa Bajau, Kumpulan Tagunggu memerlukan kombinasi 5 hingga 6 orang pemain untuk mengimbangi bunyi ensemble alat muzik atau set kumpulan gong. Kumpulan pemain ‘Tagunggu’ Bajau yang lengkap masing-masing memainkan alat muzik yang berikut :-

1.1. ALAT-ALAT MUZIK ‘TAGUNGGU’


1. Tambul
2. Kulintangan
3. Perindil / Teng-Teng / Sulembat 4. 
Agung A’heya
5. Agung Bua’
6. Agung Sulimbag

- Tambur @ Gendang
Deretan 8 unit Gong Kecil termasuk ‘Perindil’. - Gong Nyaring (Kecil)
- Gong Besar
- Gong Leper @ Canang
- Gong Tingkah.


‘Titik’ adalah perkataan dalam Bahasa Bajau bermaksud Irama atau Rentak, .’A’nitik’ adalah katakerja atau perbuatan.yang bermaksud ‘Memukul’Didalam persembahan ‘Tagunggu’ nama perbuatan untuk membunyikan alat-alat muziknya adalah berbeza. Untuk alat muzik Tambul @ Tambur, dan Kulintangan ia disebut sebagai ‘A’nitik’, semantara untuk Perindil @ Gong(kecil) nyaring, ia disebut sebagai ‘A’nengteng’ atau A’nulimbat’. Untuk Agung A’heya, Agung Bua’ dan Agung Sulimbag, ia disebut sebagai A’ngalabbuk.

1.2. JENIS PUKULAN / RENTAK ATAU NAMA ‘TITIK’ DALAM MUZIK TAGUNGGU.

Terdapat beberapa jenis pukulan / rentak atau Titik Tradisi didalam muzik Tagunggu’ masyarakat Bajau didaerah Semporna yang menjadi amalan mengikut kampung masing-masing, samaada untuk mengiringi persembahan Igal, majlis-majlis perkahwinan, majlis keramaian atau upacara ritual.

Berikut adalah nama-nama jenis pukulan atau Titik Tagunggu:-

1. Titik Lubak-Lubak 3. Titik Limbayan
5. Titik Tabawan
7. Titik Sayaw

9. Titik Balla-Balla
10. 
Titik Tagna’
12. Titik Salva
14. Titik Duwata
16. Titik Pinanjang Tinurul 18. Titik Jawte

2. Titik Tarirai
4. Titik Lellang
6. Titik Kuntaw
8. Titik Katulakan Munda @ Lallai -Lallai 9. 
Titik De’ Allaw

11. Titik Sunnat
13. Titik Tuhutan
15. 
Titik Deoh Saloka’ 17. Titik Ulan – Ulan 19. Titik Panansang 21. Titik Puasa

Diantara himpunan Titik Tagunggu’, terdapat Lima jenis Titik yang menjadi kelaziman utntuk dipersembahkan dalam majlis-majlis keramaian, majlis perkahwinan dan majlis-majlis rasmi dikalangan masyarakat Bajau Semporna. Lima jenis pukulan atau‘Titik’ ini mempunyai keunikan tersendiri dari sudut Igalnya. Ia boleh dianggap sebagai kayu pengukur sejauh mana kefahaman dan kemahiran seseorang tentang seni persembahan ‘Igal’. Titik-titik tersebut adalah:-

1. Titik Lubak-Lubak, 2. Titik Tabawan. 3. Titik Limbayan, 4. Titik Lellang 5. Titik Tarirai

20. Titik Labbana
1.3. JENIS PUKULAN ATAU ‘TITIK’ YANG LAZIM.DIMAINKAN DALAM PERSEMBAHAN

IGAL TRADISI

2

1.4. JENIS PUKULAN ATAU ‘TITIK’ UNTUK PERSEMBAHAN UNSUR SENI BELA DIRI.

Dikalangan masyarakat Bajau daerah Semporna, terdapat seni bela diri warisan nenek moyang yan dinamakan ‘Kuntaw’ dan juga ‘Sayaw’ (persembahan Sayaw adalah bersifat narrative).

Untuk Persembahan Kuntaw dan Sayaw ia mempunyai Titik tersendiri. Sungguhpun kedua seni ini mempunyai unsur gerak Tari, tetapi ia tidak termasuk didalam kategori Igal, Persembahan kedua seni ini menggunakan nama yang khusus, iaitu Persembahan KUNTAW, dan Persembahan SAYAW. Jenis Pukulan atau ‘Titik’ kedua persembahan ini adalah:-

1. Titik Kuntaw. 2. Titik Sayaw.

2. GABBANG.

Gabbang adalah sejenis alat muzik yang dimainkan dikalangan masyarakat Bajau dan Suluk dikawasan pantai Timur di negeri Sabah, terdapat juga alat muzik yang sama digunakan oleh masyarakat Jawa Indonesia yang dinamakan sebagai Gambang dalam kesenian Gamelan.

Gabbang diperbuat daripada kayu bebentuk seperti kotak panjang yang disebut sebagai ‘Papagan’ GabbangBahagian dinding dihias dengan lukisan atau ‘Ukil , ketinggian papagan gabbang lebih kurang 30cm. Dibahagian hujung gabbang dipanggil sebagai ‘Kok gabbang’ (kepala gabbang) dihias dengan ukiran dan ditatah dengan cermin, sementara dibahagian hujung gabbang ukurannya agak kecil, ia dinamakan sebagai ‘Tape gabbang’ (kaki gabbang).Ia mempunyai sehingga tujuhbelas (17) bilah papan kekunci berbentuk 4 segi panjang diperbuat daripada Buluh , nibung atau kayu belian yang diraut halus. Saiz lebar setiap papan kekunci lebih kurang 2.5 cm, sementara saiz panjangnya adalah berbeza-beza. Papan kekunci ini dinamakan sebagai ‘Anak Gabbang. Bilah papan kekunci yang terpanjang diletak dibahagian hujung berhampiran dengan Kok gabbang. Bilah papan kekunci tersebut disebut sebagai Onggo’ gabbang (Ibu gabbang). 3


Peralatan Gabbang terdiri daripada Instrumen Gabbang dan pemukulnya yang dinamakan sebagai ‘Panitik Gabbang’. Pemain Utama Gabbang akan dibantu oleh seorang pemain ‘Perindil’ yang akan memukul bahagian tepi rangka gabbang sesuai dengan Tempo dan rentak yang dimainkan. Didalam persembahan Gabbang nada pemula disebut sebagai ‘Ta’-Ta’’ dan diakhiri dengan pukulan yang disebut sebagai ‘Analitik’

Persembahan Gabbang memerlukan bakat dan kemahiran seni yang tinggi. Seorang pemain yang mahir boleh bermain Gabbang sambil menyanyi. Berikut adalah Jenis-jenis rentak atau Titik dalam persembahan Gabbang.

2.1. JENIS-JENIS RENTAK @TITIK GABBANG.

Selain daripada Tagunggu’ , Gabbang juga merupakan alat muzik tradisi yangdigunakan untuk mengiringi persembahan Igal dan lagu-lagu Tradisi.Gabbang merupakan sejenis alat muzik Xylopone yang diperbuat daripada Kayu dan Buluh.Gabbang dimainkan secara individu, adakalanya ia dibantu oleh seorang lagi pemain yang akan mengetok bahagian Tepi Gabbang tersebut sesuai dengan rentak atau Titik yang dimainkan.

Jenis-jenis Rentak @ Titik Gabbang.

1. Titik Ta’ – Ta’
2. Titik Leleng
3. Titik Pintasan
4. Titik Tenes 
– Tenes

5.Titik Lolai Liangkit 6.Titik Tadda’
7.Titik Dalling – Dalling 8.Titik Panansang.

Dalam konteks ritual,yang serius, persembahan Gabbang seperti Titik Panansang akan dimainkan mengiringi nyanyian sebagai pilihan terakhir untuk mengusir roh jahat yang menyebabkan penyakit ketempat asalnya. Semantara dalam konteks sosial pula ia boleh mengiringi nyanyian Sekular, Penceritaan berirama (Kissah), dan Tarian (Igal) yang dikenali

sebagai Sangbai. Amalan menyanyi bersama Gabbang ini dipanggil sebagai ‘A’ ngongka Gabbang’. Maglugu’ pada kebiasaannya akan diiringi dengan persembahan Gabbang, ia adalah persembahan nyanyian epik tentang kisah-kisah kehidupan, pengalaman serta melismatik khas yang mengimbau zaman lampau.

Setiap Pemain Gabbang mempunyai sekurang-kurangnya 12 atau lebih koleksi Titik repetoir yang diwarisi atau dicipta sendiri. Sesetengah pemain akan mencipta gunahan atau variasi mereka sendiri pada karya yang sedia ada.

SEKIAN DAN SALAM BOG-BOG, MAGSUKUL

KHALID M. TAIB (KMT)

Aktivis Budaya Semporna.

RUJUKAN





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RATU LEPA 2019 EMERAAZWA EMERALDI