Pencinta Ukiran: Khalid Mohd Taib

Di Semporna terdapat banyak pengiat seni yang mempunyai perjuangan tersendiri tetapi pada dasarnya niat mereka tetap sama..  Ukiran yang terdapat di Semporna telah menarik minat pengiat ukiran seluruh negara bahkan luar negeri untuk turut sama mengkaji asal usul seni ukiran di daerah ini. En Khalid yang saya temui baru-baru ini salah seorang pengiat ukiran tradisional bajau yang sudah lama berkecimpung.. Beliau seorang anak kelahiran Semporna berpendidikan sederhana dan berasal dari suku kaum bajau Umaral ini adalah anak seorang guru di daerah ini. Beliau mempunyai semangat tinggi dalam merealisasikan hasratnya untuk melihat Seni Ukiran Tradisional Bajau ini setanding dengan seni-seni lain di Malaysia khasnya dan di dunia amnya.. Banyak maklumat saya perolehi daripada beliau berhubung dengan sejarah daerah Semporna serta sejarah perkembangan Seni Ukiran Bajau Semporna.

Sebagai seorang ahli koprat iaitu selaku Pengerusi Komuniti Bohey Dulang.. beliau tidak ketinggalan juga meluangkan masa beliau bersama pengiat seni daerah ini untuk turut sama memajukan industri seni daerah.



Gambar Bersama Kominiti Bohey Dulang dalam satu mesyuarat baru-baru ini

Beliau juga bergiat cergas dalam bidang politik tanah air disamping memperjuangkan seni daerah khasnya ukiran tradisional bajau Semporna.. Walaupun diakhir-akhir ini keriar politik beliau agak merudum akibat perubahan dasar parti-parti di Sabah namun perjuangan tetap beliau teruskan walaupun tidak secergas dulu
Gambar kenangan bersama YAB. Datuk Joseph Pairin Kitingan (PBS)

Perjuangan dalam memertabatkan seni daerah Semporna..walau tiada seorangpun pemimpin  daerah ini menghargai usaha ini. namun disamping kawan-kawan beliau tetap bergiat sehinggalah ke akhir hayat beliau.
Bagi pihak Blog Ukil Sampulna, ribuan terimah kasih diatas khidmat dan niat beliau dalam merealisasikan Ukil Sampulna dapat dimartabatkan di serata dunia - Ukil Sampulna




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RATU LEPA 2019 EMERAAZWA EMERALDI