100 ORANG SEMPORNA PERTAMA - Sebuah Galuran Pengetahuan Am Dan Upaya Mencari Jejak Yang Hilang Bismillahirranmahirrahiim Amma ba'du "Kumpulan Orang Semporna Pertama ditangkap, ditahan dan dicari sampai dapat oleh penjajah British kerana melawan 'Prentah' (penjajah) ialah Panglima Abdul Haman, Panglima Attang, Imam Nakura' Sangkalang, Lighaddung Mawali, Marahadjah Lambaieh, Imam Munsilman, Nakib Jani, Ladjalaut Buayah, Marahadjah Anggalun, Marahadjah Allani, Panglima Sattia Tando'an, Panglima Lauhari dan Panglima Malavi. Semuanya tidak mahu mengakui pertuanan British di Pantai Timur Borneo Utara." (Sumber Arkib Sejarah dan cerita lisan penduduk tempatan) Kecil saja Semporna ini. Ia antara kawasan paling jauh dari pusat pemerintahan kerajaan Persekutuan iaitu Putrajaya dan sudah tentu sangat sukar diperintah dari pusat pentadbiran North Borneo Chartered Company di Kudat, Jesselton dan Sandakan pada zaman penjajahan British. Terletak di pantai timur tenggara...
Ulasan
Catat Ulasan