Album Tuhutan 2014 membarisi penyanyi bajau seperti Dyana Maikel, Iqbal ya Rosniah Lobo Kisang Rizal dan Wani,.. Terbitan masareka studio production dengan kerjasama studio jungle... dan komposer2 terkenal bajau seperti Rosley Hajal dll .
Pulau Umaral (Omadal), sebuah pulau kecil di perairan Semporna merupakan titik penting sejarah Semporna. Ini kerana Pulau Omadal merupakan tempat asal suku kaum Bajau yang mendiami Semporna. Orang Bajau Pulau Omadal merupakan pelaut/ nelayan yang gigih dan aktif dalam perdagangan hasil laut dan seringkali berurusan dengan lain-lain kepulauan termasuklah tanah besar Semporna. Bukti-bukti terhadap kenyataan ini dapat diperhatikan menerusi ukiran/tulisan di batu nisan dan lain-lain artifak yang jelas menandakan mereka ini beragama Islam. Ramai dikalangan pengukir2 sekarang pada asalnya datang dari Pulau Omadal ini, walaupun mereka telah menetap di berbagai-bagai tempat di daerah Semporna. Ini beberapa contoh bagaimana masyarakat bajau terkenal dengan kesenian ukiran kayu, termasuklah kepakaran mereka mengukir batu nisan. Semua ini banyak terdapat di Pulau Omadal. Yang menariknya ukiran kayu masyarakat bajau mempunyai kesenian tersendiri tanpa dipenga...
100 ORANG SEMPORNA PERTAMA - Sebuah Galuran Pengetahuan Am Dan Upaya Mencari Jejak Yang Hilang Bismillahirranmahirrahiim Amma ba'du "Kumpulan Orang Semporna Pertama ditangkap, ditahan dan dicari sampai dapat oleh penjajah British kerana melawan 'Prentah' (penjajah) ialah Panglima Abdul Haman, Panglima Attang, Imam Nakura' Sangkalang, Lighaddung Mawali, Marahadjah Lambaieh, Imam Munsilman, Nakib Jani, Ladjalaut Buayah, Marahadjah Anggalun, Marahadjah Allani, Panglima Sattia Tando'an, Panglima Lauhari dan Panglima Malavi. Semuanya tidak mahu mengakui pertuanan British di Pantai Timur Borneo Utara." (Sumber Arkib Sejarah dan cerita lisan penduduk tempatan) Kecil saja Semporna ini. Ia antara kawasan paling jauh dari pusat pemerintahan kerajaan Persekutuan iaitu Putrajaya dan sudah tentu sangat sukar diperintah dari pusat pentadbiran North Borneo Chartered Company di Kudat, Jesselton dan Sandakan pada zaman penjajahan British. Terletak di pantai timur tenggara...
Ulasan
Catat Ulasan