Semporna
Semporna merupakan sebuah daerah dan pekan besar di Sabah, Malaysia. Semporna juga adalah sebuah pulau tapi tidak ramai yang menyedarinya . Pulau Semporna di kelilingi banyak pulau yang mampu menarik minat sesiapa sahaja dalam bidang perlancongan termasuklah pulau Bum-bum. Sungai yang memisahkan Pulau Semporna dengan wilayah lain ialah Sungai Pegagau. Antara pulau yang paling diminati oleh pelancong sama ada dari luar negara atau tempatan adalah Pulau Sipadan dan Pulau Mabul. Semporna dihubungkan dengan daratan melalui jambatan Pegagau yang mana kawasan Pegagau ini masih merupakan kawasan Semporna. Dalam peringkat zon, Semporna termasuk dalam zon Tawau. Nama Semporna berasal daripada perkataan Simporna yang bermaksud ‘tempat untuk berehat’. Nama Simporna ini diberi oleh seorang Gabenor Inggeris, iaitu W.M Crocker apabila beliau dan beberapa orang rakannya termasuklah seorang pedagang China yang bernama Toonah menemui daerah tersebut pada pertengahan tahun 1887 (Tabrett 1999).