Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2018

Semporna

Imej
Semporna merupakan sebuah daerah dan pekan besar di Sabah, Malaysia. Semporna juga adalah sebuah pulau tapi tidak ramai yang menyedarinya . Pulau Semporna di kelilingi banyak pulau yang mampu menarik minat sesiapa sahaja dalam bidang perlancongan termasuklah pulau Bum-bum. Sungai yang memisahkan Pulau Semporna dengan wilayah lain ialah Sungai Pegagau. Antara pulau yang paling diminati oleh pelancong sama ada dari luar negara atau tempatan adalah Pulau Sipadan dan Pulau Mabul. Semporna dihubungkan dengan daratan melalui jambatan Pegagau yang mana kawasan Pegagau ini masih merupakan kawasan Semporna. Dalam peringkat zon, Semporna termasuk dalam zon Tawau.   Nama Semporna berasal daripada perkataan Simporna yang bermaksud ‘tempat untuk berehat’. Nama Simporna ini diberi oleh seorang Gabenor Inggeris, iaitu W.M Crocker apabila beliau dan beberapa orang rakannya termasuklah seorang pedagang China yang bernama Toonah menemui daerah tersebut pada pertengahan tahun 1887 (Tabrett 1999).  

100 Orang Semporna Pertama

Imej
100 ORANG SEMPORNA PERTAMA - Sebuah Galuran Pengetahuan Am Dan Upaya Mencari Jejak Yang Hilang Bismillahirranmahirrahiim Amma ba'du "Kumpulan Orang Semporna Pertama ditangkap, ditahan dan dicari sampai dapat oleh penjajah British kerana melawan 'Prentah' (penjajah) ialah Panglima Abdul Haman, Panglima Attang, Imam Nakura' Sangkalang, Lighaddung Mawali, Marahadjah Lambaieh, Imam Munsilman, Nakib Jani, Ladjalaut Buayah, Marahadjah Anggalun, Marahadjah Allani, Panglima Sattia Tando'an, Panglima Lauhari dan Panglima Malavi. Semuanya tidak mahu mengakui pertuanan British di Pantai Timur Borneo Utara." (Sumber Arkib Sejarah dan cerita lisan penduduk tempatan) Kecil saja Semporna ini. Ia antara kawasan paling jauh dari pusat pemerintahan kerajaan Persekutuan iaitu Putrajaya dan sudah tentu sangat sukar diperintah dari pusat pentadbiran North Borneo Chartered Company di Kudat, Jesselton dan Sandakan pada zaman penjajahan British. Terletak di pantai timur tenggara