Catatan

Tunjukkan catatan dari 2009

Seni Ukiran Kayu

Imej
Seni ukiran kayu adalah seni kraftangan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat Malaysia terutama bagi masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli. Seni ukiran yang dipersembahkan melalui bahan kayu ini sama seperti seni ukiran yang lain cuma berbeza dari segi cara dan teknik pengukirannya. Seni ini begitu berkembang luas kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai hasil kayu-kayan yang banyak di mana terdapat kira-kira 3000 spesis kayu-kayan di negara kita. Di samping itu juga, kayu adalah bahan alam yang sangat sesuai untuk diukir dan boleh dipelbagaikan kegunaannya. Dalam bidang ini, fokus akan ditumpukan kepada seni ukiran masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sarawak dan masyarakat Orang Asli SUATU ketika dulu, perahu Lepa pernah menjadi kebanggaan etnik Bajau di Semporna, Sabah kerana fungsi besarnya sebagai kaedah pengangkutan utama untuk bergerak dari satu pulau ke pulau lain. Malah, perahu Lepa juga digunakan sebagai kediaman

LEPA & UKIRAN

SUATU ketika dulu, perahu Lepa pernah menjadi kebanggaan etnik Bajau di Semporna, Sabah kerana fungsi besarnya sebagai kaedah pengangkutan utama untuk bergerak dari satu pulau ke pulau lain. Malah, perahu Lepa juga digunakan sebagai kediaman tetap oleh orang laut yang dikenali sebagai Pala'u yang sehingga kini masih mengekalkan tradisi berkenaan.