Catatan

Tunjukkan catatan dari 2010

IMBASAN SEJARAH PULAU OMADAL

Imej
Pulau Umaral (Omadal), sebuah pulau kecil di perairan Semporna merupakan titik penting sejarah Semporna. Ini kerana Pulau Omadal merupakan tempat asal suku kaum Bajau yang mendiami Semporna. Orang Bajau Pulau Omadal merupakan pelaut/ nelayan yang gigih dan aktif dalam perdagangan hasil laut dan seringkali berurusan dengan lain-lain kepulauan termasuklah tanah besar Semporna. Bukti-bukti terhadap kenyataan ini dapat diperhatikan menerusi ukiran/tulisan di batu nisan dan lain-lain artifak yang jelas menandakan mereka ini beragama Islam. Ramai dikalangan pengukir2 sekarang pada asalnya datang dari Pulau Omadal ini, walaupun mereka telah menetap di berbagai-bagai tempat di daerah Semporna.  Ini beberapa contoh bagaimana masyarakat bajau terkenal dengan kesenian ukiran kayu, termasuklah kepakaran mereka mengukir batu nisan. Semua ini banyak terdapat di Pulau Omadal. Yang menariknya ukiran kayu masyarakat bajau mempunyai kesenian tersendiri tanpa dipengaruhi

BALAI UKIRAN SEMPORNA

Imej
Ukil. ( Ukiran Tradisional Bajau Semporna )/Illustrasi Oleh: Ead MASAREKA Kesenian ukiran Bajau Semporna perlu diperkembangkan memandangkan seni ini tidak lagi popular dikalangan remaja zaman sekarang. Kita kena cari pendekatan bagaimana cara menarik remaja kembali meminati budaya tradisional ini berbanding budaya2 lain. Sebagai warisan bangsa kita, kita semestinya mencari banyak langkah supaya seni ukiran tangan ini tidak pupus ditelan zaman. Saya secara pribadi bangga dengan usaha beberapa golongan kecil yang masih memperjuangkan seni ini. Walaubagaimanapun mereka ini hanya terdiri dari golongan pertengahan sahaja. Tn Hj Biskai dari Kg Tonggulangan adalah antara tokoh pengukir tempatan yang memang terkenal dengan kehalusan seni ukirannya.. Selain daripada memenangi Pertandingan Lepa Cantik tak banyak anugerah beliau dapat. Pemimpin seharusnya membuka mata bukan hanya bersorak apabila Tn Hj Biskai memenangi pertandingan. Apa salahnya sekiranya pihak tertentu menyalurkan bantuan u

CORAK UKIL TN HAJI BISKAI

Imej
Ukil ( Ukiran ) Tradisional Bajau Semporna Ukiran tradisional ini diadaptasi dari ukiran kayu sebenar Tn Hj Biskai iaitu ukiran perahu beliau yang telah memenangi Lepa Tercantik dalam perayaan REGATTA LEPPA 2009. Saya usahakan supaya ukiran ini tidak akan lenyap ditelan zaman.. Oleh itu saya telah ubahsuai dengan menggunakan program Adobe illustrator dan photoshop.. Buat masa ini saya banyak menyimpan pic ukiran ini dalam format EPS Vector, SVG dan Ai..
Imej
Motif T-shirt Kanak-Kanak Regatta Lepa 2010 Motif T-shirt Kanak-Kanak Regatta Lepa 2009

T-SHIRT REGATTA LEPA 2010 (DEWASA)

Imej
T-SHIRT REGATTA 2010 ( Dewasa ) T-shirt Kanak-Kanak

T-SHIRT REGATTA LEPA 2010

Imej
Bahagian Hadapan T-Shirt Regatta Lepa 2010 Corak illustrator baru untuk regatta tahun 2010.. Penampilan ciri tradisional dan moden ini sesuai untuk selera fesyen masyarakat sekarang. Oleh itu t-shirt kali ini betepetan dengan selera pengguna. Terdapat 4 jenis warna iaitu hitam putih, silver/kelabu, orenge dan biru Untuk Orang Dewasa Bahagian Hadapan T-Shirt Regatta Lepa 2010 Ilustrasi gabungan peralatan tradisional masyarakat bajau semporna...Semua design ini diilhamlan oleh Mohd Said Ahmad T-shirt Regatta untuk Kanak-kanak didatangkan dengan pelbagai warna seperti biru, pink, hitam. putih dan hijau TEMUI KAMI DI TAPAK REGATTA 2010 T-shirt Regatta Lepa 2010 ( corak ukiran bajau ) http://mrkhairul-adnan.blogspot.com/

pesta regatta lepa 2010

Imej
Pesta Regatta Lepa 2010 Adakan Kelainan Oleh Nashir Mansor SEMPORNA, 21 Jan (Bernama) -- Pesta Regatta Lepa 2010, satu daripada acara pelancongan tahunan di Semporna, dijangka lebih meriah tahun ini dengan jumlah pengunjung dijangka antara 50,000 hingga 60,000 orang. Pengerusi Jawatakuasa Induk pesta berkenaan A.M Ibnu A.K Baba berkata selain acara lazim, pihak penganjur akan memperkenal beberapa kelainan sepanjang pesta yang tercatat dalam kalendar Pelancongan Malaysia itu. "Tahun ini Regatta Lepa akan diadakan pada 24 dan 25 April. Jika tahun-tahun sebelumnya acara kemuncaknya ialah pada pembukaan rasmi tetapi kali ini kemuncaknya ialah ketika majlis penutupan. "Pada hari pertama, kami cuma akan buat pembukaan ringkas bagi membolehkan acara lazim seperti pertandingan lepa cantik, sukan laut serta pembukaan ruang pameran diadakan untuk pengunjung," kata A.M Ibnu kepada Bernama. Katanya acara kemuncak Pesta Regatta Lepa yang dijangka turut dihadiri Yang Dipertua Ne