REGATTA LEPA 2022
SEMPORNA, 15 – 17 JULAI – Yang di-Pertua Negeri Tun (Dr) Haji Juhar Mahiruddin telah merasmikan Pesta Regatta Lepa Semporna Kali Ke-27 pada 16 Julai, Sabtu lepas. Hadir sama, Toh Puan Datuk Seri Panglima (Dr) Hajah Norlidah Binti Tan Sri R.M Jasni, Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Dr. Joachim Gunsalam, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Ala m Sekitar, Datuk Jafry Ariffin dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Ir. Safar Untong.