Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2026

𝗣𝗨𝗦𝗔𝗧 𝗕𝗨𝗗𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔 𝗕𝗔𝗝𝗔𝗨 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗢𝗥𝗡𝗔

  𝗣𝗨𝗦𝗔𝗧 𝗕𝗨𝗗𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔 𝗕𝗔𝗝𝗔𝗨 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗢𝗥𝗡𝗔 SEMPORNA WAJAR MENJADI PUSAT BUDAYA BAJAU Bangsa Bajau Semporna merupakan antara etnik yang menjadi kebanggaan negeri Sabah. Semporna bukan sekadar sebuah daerah, malah menjadi pusat tumpuan budaya masyarakat Bajau yang kaya dengan sejarah, adat resam, seni, dan warisan turun-temurun. Pelbagai program dan acara kebudayaan sering diadakan di Semporna bagi memperkenalkan keunikan budaya Bajau kepada masyarakat tempatan dan pelancong. Namun, usaha memelihara warisan ini tidak seharusnya terhad kepada penganjuran acara semata-mata. Warisan nenek moyang seperti ukiran lepa, alat muzik tradisional, pakaian adat, tarian Igal, kraftangan, manuskrip, serta pelbagai artifak budaya perlu dipelihara, didokumentasikan dan dipamerkan dengan lebih tersusun agar tidak hilang ditelan zaman. Memandangkan Semporna merupakan antara pusat budaya masyarakat Bajau yang paling penting di Sabah, sudah tiba masanya daerah ini diberikan sebua...

PERARAKAN LEPA, REGATTA LEPA SEMPORNA 2026

Imej
 

RATU LEPA REGATTA LEPA 2026

Imej
 RATU LEPA SEMPORNA 2026 SAFIQAH ABD JAHIK

𝐋𝐄𝐏𝐀 – 𝐒𝐈𝐌𝐁𝐎𝐋 𝐔𝐓𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐑𝐄𝐆𝐀𝐓𝐓𝐀 𝐋𝐄𝐏𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐎𝐑𝐍𝐀

Imej
𝐋𝐄𝐏𝐀 – 𝐒𝐈𝐌𝐁𝐎𝐋 𝐔𝐓𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐑𝐄𝐆𝐀𝐓𝐓𝐀 𝐋𝐄𝐏𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐎𝐑𝐍𝐀 Sejarah Perayaan Regatta Lepa yang bermula lebih 30 tahun lalu telah berjaya mengangkat nama Semporna, khususnya masyarakat Bajau Pantai Timur, di peta pelancongan dan kebudayaan Malaysia. Keunikan festival ini turut mendapat pengiktirafan Kerajaan Negeri Sabah sehingga dimasukkan dalam kalendar acara pelancongan dan kebudayaan negeri. 𝐋𝐄𝐏𝐀 merupakan simbol utama perayaan ini. Justeru, warisan tersebut wajar terus dipelihara dan dijadikan intipati utama sambutan Regatta Lepa, di samping memperkenalkan kepelbagaian budaya serta tradisi masyarakat Bajau Semporna. Namun begitu, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, penyertaan 𝐋𝐄𝐏𝐀 𝐓𝐫𝐚𝐝𝐢𝐬𝐢 atau 𝐋𝐄𝐏𝐀 𝐂𝐚𝐧𝐭𝐢𝐤 dilihat semakin berkurangan. Dari tahun ke tahun, jumlah penyertaannya terus menurun, sedangkan aktiviti kebudayaan lain semakin mendapat perhatian. Persoalannya, mengapakah perkara ini berlaku? Adakah disebabkan kos pem...

LOGO REGATTA SEMPORNA 2025

Imej
 LOGO REGATTA SEMPORNA 2025 Huraian Logo Gelung Biru Gelung berwarna biru dalam logo ini melambangkan laut dan ombak, yang amat sinonim dengan perayaan Regatta Lepa. Selain itu, warna biru membawa maksud perpaduan dan penyatuan seluruh lapisan masyarakat dalam meraikan warisan maritim yang kaya di Semporna. Ukiran-Ukiran / Ukil Motif utama dalam logo ini ialah ukiran kayu lepa atau dikenali sebagai ukil, yang menggambarkan keunikan seni pertukangan tradisional masyarakat Bajau Semporna, Warisan seni ini terus dipelihara dan diwarisi dari generasi ke generasi, melambangkan kecintaan terhadap budaya dan identiti tempatan. Angka 30 Angka ini menandakan ulang tahun ke-30 sambutan Regatta Lepa, sekaligus mencerminkan perjalanan panjang penganjuran festival ini dalam memartabatkan budaya masyarakat Bajau serta daya tarikan pelancongan yang berterusan di daerah Semporna. Pencipta: Mohd Said Hj Ahmad