BUSANA TRADISI MASYARAKAT BAJAU SEMPORNA PANTAI TIMUR NEGERI SABAH










PENDAHULUAN.

‘Budaya Identiti Bangsa’ adalah slogan yang menjadi teras kepada suku yang kaum terdapat di Negeri Sabah. Seperti juga kaum-kaum lain, masyarakat Bajau di daerah Semporna dan kawasan pesisir pantai Timur negeri Sabah mempunyai identiti dan ciri-iri tersendiri dari segi amalan budayanya. Salah satu ciri adalah melalui busana tradisinya, yang dipakai pada hari-hari penting bagi masyarakat Bajau.

Pada hari ini terdapat berbagai variasi Pakaian Tradisi bagi Masyarakat Bajau di kawasan Pantai Timur Negeri Sabah, arus perubahan telah memberi kesan terhadap unsur-unsur Tradisi kepada kreasi dan kontemporari. Namun begitu ia berpaksi kepada pola yang sama. Dari sudut sejarahnya, Pola atau pattern pakaian Tradisi Masyarakat Bajau ini adalah mengambil contoh daripada pakaian pedagang-pedagang China pada masa yang lampau.

Deraf panduan

mengenai Busana Tradisi Bangsa Bajau Pantai timur ini telah dibentang didalam beberapa sessi bengkel untuk mencari titik

persamaan, mengali sebeberapa banyak maklumat untuk dirumus agar nilai sejarah danTradisi bangsa tidak tersasar dari landasannya. Busana Tradisi pada hari ini cenderung kearah kontemporari dan kreasi, semoga kandungan maklumat didalam panduan ini akan memberi menafaat kepada semua.

A. PAKAIAN TRADISI LELAKI BAJAU DAERAH SEMPORNA. 1. NAMA PAKAIAN.

Pakaian lengkap bagi lelaki masyarakat Bajau di daerah Semporna dinamakan sebagai:-

1.1. ‘ Badju Tinanjak’ atau ‘Tinanjak’. ( sumber Tn. Hj. Zainal Jalaluddin )

1.2. ‘Badju Tanglung’. ( Perkataan Tanglung diistilahkan sebagai China, berdasarkan sejarah pakaian itu sendiri ).

Selain itu ada juga yang menamakannya sebagai ‘Badju Tanggung’ dan ‘Badju Kappo-Kappo’. ‘Badju Tinanjak’ potongannya agak sendat yang disebut sebagai ‘Badju Sigpit’, sementara ‘Badju Tanglung’ pula berpotonganan selesa, dan ada yang digunakan sebagai baju luar atau ‘outfit’.

2. WARNA DAN JENIS KAIN.

2.1. Warna – warna kain yang digunakan adalah warna polos seperti Hitam, Biru Laut, Merah, dan Maroon.

2.2. Jenis kain yang digunakan Cotton, Satin atau Kain Baldu, dan kain Belacu.

Walau bagaimana pun tiada sebarang pantang larang terhadap penggunaan warna atau jenis kain. Untuk tujuan ritual pula, warna kain yang biasanya digunakan adalah warna Putih, Hijau dan Kuning


BUSANA 

 PANGLIMA UDDANG BIN JAMALUDDIN 

  

 Beliau mengenakan ‘Badju Tanglung’  ‘Sawwal Kantiu’dan kain yang disidai di  atas bahu beliau adalah ‘Porong Sinabit’. 

   

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



 

 

PEMIMPIN-PEMIMPIN BERGELAR DAERAH SEMPORNA 

DENGAN PAKAIAN  TRADISI LENGKAP BANGSA BAJAU. 

 

1.   ‘BADJU SIGPIT’.  ( Baju Sempit / Sendat ) 

 

1.1. Berbutang lengkap. ( Jenis butang yang digunakan adalah butang China atau Butang Betawi )         atau pun dibutang dibahagian kolar sahaja. 

1.2. Panjang baju hingga ke paras pinggang. 

1.3. Lengan, berukuran ¾ dari panjang lengan dan terdapat belahan sepanjang 4-5 inci dibahagian          hujung lengan.   

        ( Belahan ini apabila dilipat harus boleh melepasi bahagian siku, belahan ini pada asalnya adalah          bertujuan untuk membolehkan si pemakai melipatnya keatas untuk membersihkan bahagian siku          ketika berwudhu ) 

1.4. Leher baju berkolar bulat, atau dinamakan sebagai Teluk Belanga. 

 

2.   ‘BADJU TANGLUNG’ 

     

         Seperti yang disebutkan sebelum ini, bahawa perkataan ‘Tanglung’ itu diistilahkan sebagai           ‘China’, dan maksud Badju Tanglung itu andaikan sebagai Baju China, atau Pola Baju China. 

 

2.1. Pola atau pattern Badju Tanglung adalah sama seperti Badju Tinanjak, hanya dari segi ukuran, ia           agak selesa, dan bahagian lengan berpotongan labuh dan panjangnya hingga ke pergelangan           tangan serta tiada belahan dibahagian hujung .Dan ia juga boleh digunakan sebagai pakaian luar.  4.2. Berbutang lengkap. ( Jenis butang yang digunakan adalah ‘Buku-Buku Patung’ atau Butang China          Dan Butang Betawi )  

        Baju ini juga boleh menggunakan hanya satu butang atau Pin  pada bahagian kolar sahaja.  

4.3.        Panjang baju hingga ke paras pinggang. 

4.4.        Poket / KocekTerdapat 2 poket dikiri dan kanan dibahagian bawah baju. 

 

SELUAR TRADISI. (rujuk lampiran) 

 

3.   SAWWAL SIGPIT .  ( Seluar Sempit / Sendat ) 

             

3.1. Sawwal Sigpit ada Seluar panjang hingga keparas buku lali, pada suatu masa dahulu, bahagian         pinggangnya berpotongan labuh, cara memakainya adalah dengan cara dilipatkan ( ni siagan ).  

 

3.2. Potongan seluar adalah mengecil dibahagian betis hingga ke pergelangan kaki, dan terdapat           belahan  sepanjang 6-10 inci dikedua bahagian tepi dihujung seluar. 

 

4.   SAWWAL KANTIU’ 

 

4.1. Sawwal Kantiu’ adalah sejenis seluar yang berpotongan labuh dan lebar,  di negara Thailand         seluar ini dinamakan sebagai ‘Fisherman Pants’ sementara di negara Indonesia ia dinamakan         sebahai ‘Seluar Potong Acheh. Pola nya adalah sama. 

 

4.2. Cara memakainya adalah, bahagian Pinggang dilipat bersilang kemudian digulung keluar, sama         seperti memakai kain sarung (si siagan). Warna-warna kain untuk Sawwal Kantiu’ ini adalah Hijau,         Hitam atau Biru Laut dan Merah. Sawwal Kantiu’ ini juga biasanya dipakai untuk upacara ritual,         seperti upaca ‘Mag Ombo’ atau ‘Mag Duwata’. Warna kain yang digunakan untuk tujuan ini          adalah warna hijau.  

 

5.   KANDIT SINABITAN. 

 

       Kandit adalah sejenis kain berorak yang ditenun, panjang kain tersebut lebih kurang 3 - 4 meter.  

       Kain ini dililit dibahagian pinggang dan disimpul dihadapan. ‘Sinabitan’ bermaksud ‘Disimpul’          Hujung kain yang disimpul dijuntaikan kebawah hingga ke paras peha. Juntaian kain ini dinamakan         sebagai Palla’-Palla’. Kandit hanya dipakai bersama Sawwal Sigpit sahaja. 

 

6.   KAMBOT TUMATIK.  

 

       Kambot Tumatik adalah sejenis Tali Pinggang besar yang mempunyai poket kecil berbutang ketip         (Tumatik), poket ini adalah untuk menyimpan wang. ‘Kambot Tumatik’ dipakai untuk ‘Sawwal         Kantiu’, dan tidak dipakai bersama ‘Kandit’. 

 

HIASAN KEPALA UNTUK LELAKI BAJAU. (rujuk lampiran) 

 

7.   PORONG SINABIT.  

             

       Porong adalah kain tenunan yang dililitkan bahagian dikepala. Perkataan ‘Sinabit’ dalam bahasa         Melayu bermaksud ‘Disimpul’. ‘Porong Sinabit’ bermaksud kain lilitan di kepala yang disimpul.  

 

8.   LADJUK / TINANJAK. 

 

      ‘Ladjuk’ adalah sejenis hiasan dikepala lelaki masyarakat Bajau, Bentuk dan ciri-cirinya hampir          sama seperti Dastar atau Tanjak Melayu. Ladjuk adalah hiasan kepala untuk majlis-majlis rasmi        dan dipakai oleh orang-orang Bajau yang ‘Bergelar’ suatu masa dahulu. Cara pemakaiannya agak        berbeza dengan Dastar atau Tanjak Melayu, dimana letak simpulannya adalah dihadapan dan         hujung kain yang disimpul dinaikkan keatas. Hujung Simpulan ini disebut sebagai ‘Taruk’. Selain        daripada Ladjuk, ia juga di namakan sebagai ‘Tinanjak’ (menurut Tn. Hj. Zainal Jalaluddin)

 

9.   SAPUTANGAN. 

 

      Untuk upacara ritual Dukun / Pawang akan memakai sehelai saputangan berwarna Kuning akan        disidai diatas bahu. Selendang ini dinamakan sebagai ‘Saputangan Panyu-Panyu’ 

 

 

 

 

            BUSANA TRADISI LENGKAP LELAKI BAJAU SEMPORNA    ‘‘BADJU TINANJAK’ 








B. BUSANA TRADISI WANITA MASYARAKAT BAJAU SEMPORNA. 

 

1.     NAMA PAKAIAN . 

 

1.1. Pakaian Tradisi yang lengkap bagi Wanita masyarakat Bajau Semporna dinamakan sebagai ’Alal         Bimbang’.  

 

2.     WARNA DAN JENIS KAIN. 

 

2.1. Warna – warna kain  yang digunakan adalah warna polos seperti Hitam, Biru Laut, Merah, dan  Maroon 

2.2. Jenis kain yang biasanya digunakan adalah kain Belacu, Satin, Baldu, Cotton, Tetoron.   

2.3. Untuk tujuan ritual pula, warna kain yang digunakan  adalah warna Hijau dan Kuning.  

 

3.     BADJU SIGPIT. 

             

3.1. Potongan baju ala kebaya. 

3.2. Dibutangkan dengan Butang Ketip. 

3.3. Kolar berbentuk bujur atau berbentuk ‘V’. 

3.4. Baju dipotong mengikut ukuran badan si pemakai.  

3.5. Panjang paras pinggang. 

3.6. Lengan Panjang dan terdapat belahan sepanjang 3-4 inci dibahagian hujung pergelangan Tangan         dan dibutangkan.. 

 

4.     BADJU SABLAY. 

 

4.1. Untuk upacara ‘Mag Ombo’ atau ‘Mag Duwata’ ‘Badju Sablay’ akan dipakai oleh Dukun atau         Pawang.  

4.2. Baju potongan Kebaya pendek paras punggung, dibahagian bahu Badju Sablay ini tidak berjahit.  

4.3. Lengan, berukuran ¾ dari panjang lengan dan berpotongan labuh.  

4.4. Badju Sablay menggunakan kain ‘Tingkal’ atau Tetoron berwarna Hijau Polos.   

4.5. Badju Sablay dibutang atau di pinkan dengan  ‘Kancing Bokkok’ atau  ‘Dublun’            yang diperbuat daripada Emas. 

 

5.     SIAG / HOS DAN SAWWAL. 

 

       Pakaian Tradisi wanita Bajau Alal Bimbang dipakai bersama kain sarong yang dinamakan sebagai   

       ‘Tadjung Runggala’. Pemakaian sarong ini disebut sebagai ‘Ni siagan’. Terdapa dua cara         memakai sarung:-  

 

5.1. ‘SIAG NI LAPPITAN’.  

 

‘Siag ni Lappitan’ ini dipakai dengan cara melipatkan bahagian kiri dan kanan kain secara bersilang, kemudian disisip ataupun digulung kehadapan. 

 

5.2. ‘SIAG KINIMA KIMA’. 

 

‘Siag Kinima Kima’ dipakai dibahagian luar dan baju dimausukkan kedalam dengan cara melipatkan bahagian kiri dan kanan kain, dan kedua hujung kain diikat atau disimpulkan dengan ketat dihadapan. Di Bahagian hujung bawah kain terdapat sedikit bukaan.  

 

5.3. SAWWAL. 

 

  Selain dari kain sarong, Alal Bimbang juga dipakai bersama dengan Sawwal iaitu sejenis seluar    labuh dan lebar. Warna Sawwal biasanya adalah warna Kuning keemasan. 

 

6.     KAMBOT / BANDA-BANDA.

 

       ‘Kambot’ atau ‘Banda-Banda’ adalah pengikat Pinggang bagi wanita Bajau, ia diperbuat         daripada kain dan dihias dengan manik. Kambot atau Banda-Banda ini dipakai atau diikat         dibahagian pinggang diluar baju Alal Bimbang. 

 

7.     HIASAN KEPALA WANITA BAJAU. 

 

7.1. Terdapat beberapa nama untuk hiasan kepala ini dikalangan masyarakat Bajau. Bagi masyarakat          Bajau Kubang ia dinamakan sebagai Mahakutta’ dan Jabang’. (sumber Tn. Hj. Zainal Jalaluddin)         sementara dikalangan masyarakat Bajau Laut pula ia dinamakan sebagai ‘Ladjuk’, dan ada juga         yang menamakannya sebagai ‘Gandik’ dan ‘Kuruna’. Namun begitu sifat dan tujuannya adalah         sama. Perhiasan Kepala ini, diperbuat daripada kain yang lapis dengan bahan pengeras.  Untuk         kemasan ia dihiasi dengan berbagai corak atau ukiran yang dijahit dengan manik dan labucci.        Nama-nama untuk hiasan dibahagian kepala wanita Bajau Semporna adalah:- 

        

7.1.1.   ‘Ladjuk’

7.1.2.   ‘Gandik’

7.1.3.   ‘Jabang’

7.1.4.   ‘Mahakutta’

7.1.5.   ‘Kuruna’

 

7.2. TURUNG NILAPITTAN.

 

7.2.1.   Untuk upacara ‘Mag Ombo’ dukun atau pawang akan memakai Tudung dinamakan sebagai                  ‘Turung Nilappitan’ dari jenis kain ‘Tingkal’ (Tetoron) berwarna Kuning. 

 

      7.2.1. Cara memakainya, bahagian tengkuk dibungkus hingga menutupi telinga, kemudian                  bahagian hujung kain diikat ke hadapan, lebihan kain kemudian dilipatkan ke belakang.                  Lipatan ke belakang dinamakan ‘Ni Lappitan’ 

 

8.     PERHIASAN JARI.  

 

8.1. Untuk Perhiasan Jari yang digunakan semasa persembahan Igal, terdapat 3 nama panggilan yang         digunapakai oleh masyarakat Bajau di daerah Semporna, iaitu :-  

   

8.1.1.   ‘Salung Kukku’        8.1.2. ‘Soleng Kengkeng’        8.1.3. ‘Janggai’. 

 

8.2. Perhiasan ini diperbuat daripada kepingan aluminium tipis, dibentuk seperti kuku yang panjang,         untuk disarungkan kejari-jari. 

 

9.     SAPUTANGAN.

 

    Untuk upacara ritual Sehelai saputangan berwarna Kuning disidai diatas bahu Dukun / Pawang.          Seaputangan ini dinamakan sebagai ‘Saputangan Pannyu-Pannyu’ 

 

 

 

 

 

 

 

 

            BUSANA TRADISI LENGKAP WANITA BAJAU SEMPORNA             ‘‘ALAL BIMBANG’ 







BUSANA TRADISI LENGKAP  UNTUK 

UPACARA RITUAL WANITAI BAJAU

 SEMPORNA 


      






PERHIASAN DAN PERALATAN YANG DIGUNAKAN BERSAMA PAKAIAN TRADISI BAJAU SEMPORNA. 

 

1.    HIASAN KEPALA. 

Terdapat beberapa nama panggilan untuk perhiasan dibahagian kepala wanita bagi Masyarakat Bajau di daerah Semporna. Iaitu:- 1. ‘Ladjuk’, 2. ‘Gandik’. 3. ‘Jabang’, 4. ‘Mahakutta’, 5. ‘Kuruna’.Semua nama ini digunapakai untuk benda yang sama. 

 


 


2.    ALAL BIMBANG. 



Alal Bimbang adalah perhiasan yang dipasang dibahagian dada Baju Tradisi Wanita Bajau Semporna. Diperbuat daripada kain yang lembut dan dihias dengan manik. Perhiasan ini tidak digunakan untuk pakaian upacara ritual. 


3.    PERHIASAN JARI.  

 

             Terdapat beberapa nama panggilan untuk Perhiasan Jari ini bagi masyarakat Bajau di daerah Semporna, iaitu;-              1. ‘Salung Kukku. 2. ‘Soleng Kengkeng’ 3. ‘Janggai’. 

             Perhiasan ini diperbuat daripada kepingan logam aluminium atau tembaga yang tipis dan dibentuk seperti Kuku               yang panjang. Perhiasan ini digunakan untuk tujuan persembahan sahaja. 

    


KMT2023. 




RUJUKAN VIDEO





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

IMBASAN SEJARAH PULAU OMADAL

Seni Ukiran Kayu