IMBASAN SEJARAH PULAU OMADAL

Pulau Umaral (Omadal), sebuah pulau kecil di perairan Semporna merupakan titik penting sejarah Semporna. Ini kerana Pulau Omadal merupakan tempat asal suku kaum Bajau yang mendiami Semporna. Orang Bajau Pulau Omadal merupakan pelaut/ nelayan yang gigih dan aktif dalam perdagangan hasil laut dan seringkali berurusan dengan lain-lain kepulauan termasuklah tanah besar Semporna. Bukti-bukti terhadap kenyataan ini dapat diperhatikan menerusi ukiran/tulisan di batu nisan dan lain-lain artifak yang jelas menandakan mereka ini beragama Islam. Ramai dikalangan pengukir2 sekarang pada asalnya datang dari Pulau Omadal ini, walaupun mereka telah menetap di berbagai-bagai tempat di daerah Semporna.
 Ini beberapa contoh bagaimana masyarakat bajau terkenal dengan kesenian ukiran kayu, termasuklah kepakaran mereka mengukir batu nisan. Semua ini banyak terdapat di Pulau Omadal. Yang menariknya ukiran kayu masyarakat bajau mempunyai kesenian tersendiri tanpa dipengaruhi oleh seni-seni ukiran kayu di Asia Tenggara. Di Pulau ini banyak meninggalkan kesan2 sejarah khasnya ukiran kayu masyarakat bajau. Beberapa artifak lama telah dijumpai bahkan diwarisi oleh masyarakat Pulau Omadal ini.
Menyedari hakikat ini pihak kerajaan tidaklah terlepas pandang pentingnya sejarah dan seni ukiran masyarakat bajau, akhirnya sebuah mini muzium perkuburan masyarakat bajau telah di bina hasil usaha Datuk Jaujan Hj Sambakung (SU Dato Hj Shafie Hj Apdal).
Sejarah dan zaman telah berubah, ramai dikalangan masyarakat asal kg ini telah berpindah ketanah besar di sekitar Semporna. Penghijrahan ini telah lama berlaku sekitar 1960an lagi. Pada masa ini ramai dikalangan penduduknya terdiri daripada PALAUH yang kehidupan mereka berpindah randah. Apa yang diharapkan Pulau Omadal tidak hanya tinggal tanda sejarah sahaja, tetapi ia harus di jaga dan diwarisi sehingga kegenarasi akan datang.... Disediakan Oleh: ( Mohd Said Ahmad/Masareka/Umaral)
Muzium Mini ( Pulau Omadal ) tanda kerajaan mengambil berat sejarah warisan masyarakat bajau Semporna

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RATU LEPA 2019 EMERAAZWA EMERALDI