BALAI UKIRAN SEMPORNA

Ukil. ( Ukiran Tradisional Bajau Semporna )/Illustrasi Oleh: Ead MASAREKA

Kesenian ukiran Bajau Semporna perlu diperkembangkan memandangkan seni ini tidak lagi popular dikalangan remaja zaman sekarang. Kita kena cari pendekatan bagaimana cara menarik remaja kembali meminati budaya tradisional ini berbanding budaya2 lain. Sebagai warisan bangsa kita, kita semestinya mencari banyak langkah supaya seni ukiran tangan ini tidak pupus ditelan zaman. Saya secara pribadi bangga dengan usaha beberapa golongan kecil yang masih memperjuangkan seni ini. Walaubagaimanapun mereka ini hanya terdiri dari golongan pertengahan sahaja.



Tn Hj Biskai dari Kg Tonggulangan adalah antara tokoh pengukir tempatan yang memang terkenal dengan kehalusan seni ukirannya.. Selain daripada memenangi Pertandingan Lepa Cantik tak banyak anugerah beliau dapat. Pemimpin seharusnya membuka mata bukan hanya bersorak apabila Tn Hj Biskai memenangi pertandingan. Apa salahnya sekiranya pihak tertentu menyalurkan bantuan untuk tujuan memartabatkan seni ukir ini. Untuk melahirkan pengukir2 baru satu bangkel kesedaran perlu diadakan ditempat2 yg sesuai., contohnya bengkel@balai ukiran. Setahu saya Tn Hj Biskai bergerak secara individu dan kalau adapun support mungkin dari anak serta keluarga beliau. Kenapa para pemimpin tidak terfikir untuk menyediakan perasarana yg sesuai kepada pengiat2 seni seperti Tn Hj Biskai.. Sebagai anak jati Semporna dan pewaris budaya ini, saya sangat mengharapkan agar para pemimpin tidak terlepas pandang kepada pejuang2 seni ini..Terima kasih

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

IMBASAN SEJARAH PULAU OMADAL

Seni Ukiran Kayu