IMBASAN SEJARAH PULAU OMADAL
Pulau Umaral (Omadal), sebuah pulau kecil di perairan Semporna merupakan titik penting sejarah Semporna. Ini kerana Pulau Omadal merupakan tempat asal suku kaum Bajau yang mendiami Semporna. Orang Bajau Pulau Omadal merupakan pelaut/ nelayan yang gigih dan aktif dalam perdagangan hasil laut dan seringkali berurusan dengan lain-lain kepulauan termasuklah tanah besar Semporna. Bukti-bukti terhadap kenyataan ini dapat diperhatikan menerusi ukiran/tulisan di batu nisan dan lain-lain artifak yang jelas menandakan mereka ini beragama Islam. Ramai dikalangan pengukir2 sekarang pada asalnya datang dari Pulau Omadal ini, walaupun mereka telah menetap di berbagai-bagai tempat di daerah Semporna. Ini beberapa contoh bagaimana masyarakat bajau terkenal dengan kesenian ukiran kayu, termasuklah kepakaran mereka mengukir batu nisan. Semua ini banyak terdapat di Pulau Omadal. Yang menariknya ukiran kayu masyarakat bajau mempunyai kesenian tersendiri tanpa dipengaruhi
Ulasan
Catat Ulasan